PAU KALI INI PALING JIJIK DALAM SEJARAH

DAP menyifatkan Umno sudah membuktikan ia ketandusan modal politik tetapi tebal dengan fitnah selepas pemimpin dan perwakilannya menggunakan kata-kata jijik dan berbaur perkauman dalam perhimpunan tahunan mereka kali ini.


Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

“Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran Umno yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan,” kata beliau dalam satu kenyataan dengan merujuk bahawa

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

“Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta menyasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

“Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata,” kata Lim.

Jelas beliau, statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70 peratus daripada tindakan di pulau dan 85 peratus di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

“Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya lagi.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, katanya, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya Umno mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.

Malah katanya, sekali lagi Umno telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1 Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan Umno.

“Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas Umno di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

“Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan ‘tweet’ yang berbunyi ‘mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada’, yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu,” katanya.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan Umno, kata beliau.

Ulasan

  1. yang kotor tu ketua pembangkang kamu, kuat seks..!! Cuma kamu saja yang saja tutup mata. Anwar sedap main China Doll dan main belakang, kamu sokong juga. Itu lagi jijik...!!!

    BalasPadam
  2. kejadian 911, 'pengganas2 arab' dituduh dgn bukti kukuh oleh cia. yg jadi persoalan siapa yg mengesahkan bukti tuduhan itu. orang mati tak boleh bercakap dan kita tidak tahu latar belakang mereka. hitler buat projek tuduh orang lain. apa beza amerika dan hitler dgn yg 'berkuasa' disini

    BalasPadam
  3. perwakilan KEDAH menggelar DAP sebagai kafir Harbi...MCA<MIC<GERAKAN dll tu kafir apa?....agaknya KAFIR HADHARI kut

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular