KEMENTERIAN TARIK 13 PRODUK KR1M BAHAYA UNTUK KESIHATAN?

Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati  komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan selain spesifikasi penglabelan.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Ulasan

  1. WA KAKAKAKA... dulu masa Tony Phua dedahkan huh bukan main lagi menteri umno hentam Tony, termasuklah mamak maidin tu. sekarang hentamlah DS Liow pulak kalau berani. Mamak maidin meludah kelangit terpercik ke muka sendiri, kah kah kah kah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular