KAMI TIDAK AKAN MOHON MAAF!!!

Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi.

Ulasan

  1. taniah mahasiswa, biarkanlah anjing2 itu menyalak, perjuangan mesti diteruskan. setan2 itu hanya tahu penampar mereka aje, penampar mahasiswa mereka belum tahu lagi.

    BalasPadam
  2. umur pakcik 65 th, anak pakcik yg suruh bagi komen ni. Pakcik sangat keliru. Mana lebih besar dan bernilai bendera negara malaysia ke, bendera gambar pm2 malaysia ke. Sejak bila gambar pm2 ni di abadikan pd bendera, pakcik tak lihat pun gambar obama ke, bush ke, soeharto ke, ghandi ke pd bendera. Pd setem adalah. Baru2 ni orang indonesia tak turun kan bendera malaysia tetapi pijak, bakar, lontar tahi ke kedutaan kita. Apa Khairy buat, apa tindakan Pak2 menteri kita, apa tindakan orang umno dan ngo pro umno buat. Tak ada apa pun. Pakcik saran kan drp umno hulu selangor minta dibuang siswa UPSI tu baik desak Presiden Indonesia kenakan tindan buang daerah pada rakyat nya yang buat dajal tu. Mampu ke. Jangan jd juara kampong je.

    BalasPadam
  3. betul tue pakcik...ops tok wan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular