"JANGAN HINA KAKANDA SAYA UST NASA", NIK ABDUH

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.
Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan panjing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

.... selesaikan dengan cara yang terbaik...jangan ikut sangat rentak UMNO...

Ulasan

  1. ustaz a tegur ustaz b melalui blog
    ustaz c bidas ustaz f melalui facebook
    ustaz k sinis ustaz m melalui twitter
    ustaz v luku ustaz h melalui sidang media
    itu belum dapat radio tv lagi.
    come on la weiiii....

    BalasPadam
  2. Bilalah nak matang berpolitik anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ni. Bendul pun bendullah, licik pun kenalah ada sikit, menipu dan khianat jangan sekali. Marahkan menantu, sindirlah anak.

    BalasPadam
  3. pecat hassan ali dan nasa. kalau nak, pecat sekali nik abduh dia ingat dia anak tg nik aziz hebat sangat ke? org macam ni tak akan matang dlm politik. kalau pemimpin cerdik dia takkan terpengaruh dgn umpan pihak lawan.

    BalasPadam
  4. gempar bila menantu Fatah tiba-tiba naik angin kerana Harakah menyindir kekandanya, "Jangan hina kekanda saya ust Nasa".
    yang di KL, Alor Setar dan Johor Baru tak akan kenal siapa mamak ini, kalau beliau tidak berbinkan Nik Aziz, seorang ulama yang dihormati oleh setiap ahli PAS.
    namun pemuda PAS Kelantan pernah buat kejutan bila mamak ini ditolak dalam pertandingan merebut ketua pemuda PAS Kelantan.
    Kerana gengnya yg bernama al-Tantawi, beliau tiba-tiba muncul di pusat.
    Pada hari beliau mula nak tunjuk kekarutannya dengan tidak semena-mena berjoget mengunakan punggungnya, membela ust Nasa dan menyindir akhbar parti.
    Para pemuda PAS boleh menilai bagaimana jalan kerja Tim ketua pemuda PAS pusat.

    BalasPadam
  5. adoi kenapa pemuda PAS tak sehebat masa zaman ana dulu waktu mahfuz dan bro din.

    KP dan Tim kp betul2 jadi spoiler perkembangan PAS, mereka seronok duduk dalam kelompok sendiri, panggilan demo pemuda skg tidak sehebat dulu.

    tolongla pemuda yg lain, bersuara la sikit di hadapan KP

    BalasPadam
  6. Apabila dikatakan pengaruh UG masih kuat dalam PAS,ramai ahli-ahli PAS yang jenis "wala" tak percaya.Nah! lihat sendiri,siapa "adinda Nasaruddin Mat Isa".Munkin Nik Abdul ni "sepupu" pula Hassan Ali,mana nak tau? Pepatah Inggeris ada menyebutkan "Birds of the same feather flock togather"(Burung sejenis berkumpul bersama).Nik Abduh pemimpin Pemuda tak laku diKelantan,negerinya senidir,tapi pegang jawatan No 2 diPemuda Pusat.Kempen Managernya lincah dan bijak bercakap walau pun mata pejam.

    BalasPadam
  7. Jangan pecat Hassan dan Nasa, kerana itulah yang mereka tunggu-tunggukan.

    BalasPadam
  8. Kartun dlam harakah tu bukan menghina wahai kekanda ku Nik Abduhhh..itu memperli namanya...contoh ayat menghina...Oiii kanda nasha..! kalau mu nak masuk lubang jambang..mu ajok hassang ali sekali....paham dokk......
    Letih betullaa dengang mu & Nash tantawi ni..harap ustaz Riduan tak keluar statement macam 2 org leader PAS nie..

    BalasPadam
  9. "Semenjak dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.

    Dulu dok lawan UMNO, sekarang syok dok kondem sama-sama PAS. Bukannya semua orang PAS bertelagah, sikit saja, tapi kadang-kadang yang sikit tu yang melebih-lebih.

    apa betoi ka, sapa salah ka, ada rakyat peduli? Ajaran Islam ditindas, duit minyak petrol mahal, tol macam-macam, sewa rumah mahal, rasuah sana sini, isu kezaliman anggota keselamatan kepada rakyat, kadar gaji rendah di sektor swasta, penindasan SAR, isu mahkamah yang berat sebelah, cukai gila babi punya banyak, penyelewengan dana-dana awam, dan banyak lagi isu-isu yang menindas rakyat, yang ni yang rakyat mahu pembelaan dari PAS. Rakyat biasa yang takdak jawatan apa-apa dalam PAS bukannya kisah sangat pun sapa yang jadik calon PAS. Rakyat cuma dah meluat kat UMNO.

    Mungkin Hasan Ali betul, mungkin Saari Sungib betul, mungkin dua-dua tak betul, wallahualam..kita tak tau..yang kita yakin tak betul ialah media-media jahanam berlidah dajjal ni. Daripada kita dok kalut benda-benda yang kabur macam ni, baik kita habiskan masa kita dengan meneruskan agenda PAS untuk meyakini rakyat bahawa hanya Islam yang mampu membela keadilan semua lapisan masyarakat. Dari kita dok habiskan masa pasal Hasan Ali dan Saari Sungib dan isu-isu yang sewaktu dengannya, baik kita sibuk untuk lawan puak-puak UMNO.

    Kalau rasa nak tolong PAS menang dalam PRU 13 nanti, baik kita letak tepi sekejap isu-isu ni, biarlah orang yang berkuasa untuk membuat keputusan dalam parti yang ambil tindakan. Lupakan lah sebentar sapa yang betul, sapa yang salah. Selagi mana Hasan Ali mewakili PAS, selagi itu kita sokong Hasan Ali, dan selagi mana team Saari Sungib mewakili PAS, selagi itu kita sokong team mereka, walaupun nampak macam dua-dua tak berapa ngam. Kita hormat semua pimpinan PAS. Tak payahlah kita besar-besarkan lagi soal gaduh adik-beradik ni. Kita bukan sokong individu, kita sokong jamaah. Kita yang kat bawah ni tak payahlah keruhkan lagi benda yang dah keruh.

    Tapi kalau rasa nak tunjuk hebat, nak tunjuk sapa betul sapa salah, lebih sibuk membela Hasan Ali dan team Saari Sungib, dari sibuk membela rakyat, maka tunggulah respon rakyat terhadap PAS dan PR pada PRU 13 nanti. Hampa tak percaya, hampa tunggu tengok nanti!

    DARI TRANUNGKITE
    Oleh: hanzarbosnia

    BalasPadam
  10. apa punya angau Tantawi ni, ini bukan krisis, kalu negara dgn negara., gaduh teruk2,itu baru krisis. guna bahasa pun tak betul, ini cuma dua pemimpin berbeza pandangan sj.ni mohd agus pun golmar, dia kata bekas pemimpin, kan mereka masih pemimpin, jgn lah jd kan mereka jatuh ditimpa tangga. Nah ! kalu kedua mereka nak cuba test market, lihat sendiri siapa penyokong anda. Aljundi pun marah kat hangpa. jgn lah ada sekelumit nak masuk umno, taraf hangpa pd umno pembawa beg presiden umno sj, udah udah le tu, bawa bersabo kita nak ngundi ni.

    BalasPadam
  11. Pas kelihatan bagai sudah tiada pemimpin . anak pimpinan berkelahi..mereka diam sahaja...Islam ke begitu wahai haji hadi dan dr harun din ???

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular