HASSAN NAFI TG NIK AZIZ YANG DIA PERGI UNTUK MINTA MAAF!!!

Harakahdaily mempertahan berita kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Ali.




Demikian menurut posting yang dibuat Harakahdaily awal petang ini, sebagaimana yang disiarkan laman web milik PAS itu.
Untuk membuktikan pihaknya tidak memutarbelitkan berita sebagaimana yang didakwa Hasan, laman web itu menyiarkan transkrip penuh kenyataan Nik Aziz (gambar) semalam.
Turut disiarkan Harakahdaily adalah video kenyataan Nik Aziz kepada wartawan semasa beliau melawat hakisan pantai Irama, Bachok semalam.
Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam membuat satu kenyataan kepada media membantah laporan yang dibuat Harakahdaily semalam.
Hasan Ali mendakwa, “Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.
“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya.
Dalam transkrip sidang media yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Nik Aziz jelas berkata, Hasan Ali datang ke Kota Bharu dan meminta maaf dari pemimpin PAS di samping menarik balik kenyataannya.
Nik Aziz pula memuji tindakan Hasan itu dengan menyifatkannya sebagai anak jantan.
Berikut adalah transkrip penuh sidang media Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember:

Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.


Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.


Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?


Nik Aziz: Terimalah.


Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?


Nik Aziz: JKR 10


Wartawan: Ustaz Nasha ...


Nik Aziz: Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.


Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut “kalimah Arab” — “Hari ini Hari Perang”. Nabi kata tidak, “kalimah Arab” — “Hari ini hari kasihan belas”. Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.


Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?


Nik Aziz: Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.


Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?


Nik Aziz: Ada peluang apa lagi lah ... baik.

Ulasan

  1. pada pandangan agama orang yg mengaku kesilapan kemudian ia memuhun maaf termasuk gulungan orang yg terpuji tetapi tidak pada pandangan hasan ali bagi dia perkara seperti itu hanya menjatuhkan maruah dia sebagai seorang yg hebat disisi pandangan orang,oleh itu eloklah kalau hasan ali teringin nak bersatu dengan umno pergilah kamu seorang diri bersatulah dengan umno dan jangan dilibatkan orang lain yg berada dalam pas kami penyokng dan ahli pas mengucapkan sayonara.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular