HASSAN KATA PAS YANG TERGELINCIR...

Sambil menegaskan beliau bukan “duri dalam daging” bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.


Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

“PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

“Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Hasan (gambar), pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian.

“Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati,” katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

“Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal,” katanya lagi.

Ulasan

  1. sudahlah hassan, lebih baik lu masuk umno aje, lu punya cakap, lu punya pergerakan dan lu punya cita rasa pun sudah sama macam umno. kami di gombak setia sudah boring sama lu dan sudah tahu sapa lu. Gua pun ada sikit kasian sama lu kerana tak dapat jadi mb selangor.
    cakap nak tegakkan islam nak basmi kemungkaran, porrrrah, cakap tak serupa bikin. kemungkaran didepan mata pun tak sanggup nak halang.

    BalasPadam
  2. Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa'di—rahimahullah—mengatakan: "Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya, "Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu." (QS. Ali Imran: 159).

    BUKAN CURAH PERSAAAN KAT TV 3 SUKU.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular