HASSAN ALI PERLU LALUI USRAH, TAMRIN, MUQAYYAM



Mungkin Dr Hassan Ali perlu melalui tarbiyyah yang ada pada Pas iaitu tarbiyyah memalui USRAH. Sewajibnya sesiapa yang nak bertanding jawatan tertentu peringkat kawasan harus menghadiri usrah dengan jumlah tertentu untuk melayakkan beliau bertanding dibawah tiket PAS.

Setiap ahli diwajibkan usrah. Bahagikan keahlian kepada 2 iaitu ahli biasa(yang tidak hadir usrah) dan ahli usrah. Maka hanya ahli usrah PAS yang layak bertanding peringkat kawasan.



KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai “keterlanjuran kata”, Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan (gambar) pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau “bersetuju” dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.


(gambar program Muqayyah Tarbawi DPPWM di Taman Negara pada 2010 yang cuba diburukkan oleh cilanat blogger UMporNO)

Ulasan

  1. Minta anak Pak Ali buat permohonan maaf dan penarikan balik yg dia terlanjur kata kununnya tu thru TV3 suku & utusan meloya!

    BalasPadam
  2. haha lawak sgguh korg Parti Ajaran Sesat (PAS) ni... pantang xde yg sbulu dgn korg, sume korg balun... adeh, memalukan islam je... ni ke cara korg, cube bwk2 insaf... sesat dn menyesatkn owg sgguh... cube jujur dlm pkare yg dibuat leh tak...

    BalasPadam
  3. suke hati aku la parti aku... bukan parti lembUMNO

    BalasPadam
  4. anonymous 12.19am, ambil duit zakat, memperlekeh hukum hudud dpn org kafir, tak memalukan islam ke? itu adalah hukumhakam ALLAH bkn hukumhakam umno. dan lebih memalukan mengaku islam tapi tak tahu mana halal dan mana haram.
    setakat jadi islam BAKA ramai org islam begitu dimalaysia ni. kalau mak bapak kau kafir kau belum tentu jadi islam, kau islam kerana mak bapak kau islam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular