HANYA ORANG ASLI SETIA PADA BN : RAIS

Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini mengenang budi dan jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan terus memilih mereka demi mengekalkan kemajuan negara.


Beliau berkata orang Melayu, sebagai kaum terbesar negara, boleh membantu menentukan kerajaan BN terus dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga meminta mereka supaya memberi kerjasama untuk membawa BN mengecapi semula kejayaan pilihan raya umum seperti sebelum 2008.

“Walaupun kita mendapat tempat dalam kerajaan, kita mesti ingat (usaha pemimpin terdahulu) dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (yang dikuasai pembangkang).” katanya.

Rais berkata orang Melayu harus mencontohi sikap dan pendirian masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi komitmen dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan BN.

“Masyarakat Orang Asli mencurahkan taat setia di samping komitmen kepada kerajaan BN dan penglibatan mereka menerusi kerja-kerja amal di kawasan masing-masing.

“Pendirian ini tidak berubah kerana mereka berpegang teguh kepada prinsip ‘sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat’,” katanya.

Ulasan

  1. ‘sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat’, piiiirrraaaaahhhhhh..... Rais Yatim.... dulu lu pon "sahabat" Anwar Ibrahim jgk kan? sampai lu cakap "gua sudah bakar itu jambatan" tapi sekarang apa lu sudah bikin? nak menipu leh la tipu "orang asli" tapi orang lain lu tak boleh tipu ma..............

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular