7 Dis 2011

DAKWAT KEKAL : ALASAN LAMA!!! TUNGGU MAJLIS FATWA
abu nu'man7 Dis 2011 0 Komentar

Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” katanya.


Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat minggu lalu.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.