BERTENANG... TIADA KIAMAT 2012 : PAKAR

Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan.


Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012.
Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem “2012” mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012.
Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.
Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

... pakar segala pakar, Nabi Muhammad pun tak tau bila tarikh berlakunya kiamat....

Ulasan

  1. Orang islam jangan jadi gila babi,kalau Nabi Mohammad(saw) sendiri tidak mengetahui bila kiamat akan berlaku takkan pakar itu lebih mengetahui dari baginda....

    BalasPadam
  2. kita kena faham kalender mayan tdk bermaksud end of world tapi end of calender yg berlaku setiap 5125 thn...dan setiap 100,000 berlaku zaman ice. kali terakhir berlaku end of calender spt di catit dlm sejarah mayan adalah pd 3000bc iaitu pada zaman nabi saleh ...sila lihat pada ayat alquran yg menceritakan bandar mandain dihapuskan dgn pekikakn yg kuat...itulah yg dimaksudkan oleh calender mayan. sejarah manusia baru berusia 8000thn. dlam 25800 berlaku 5 kali..> kali bertambah hebat sbb zaman ice berulang..bila berlaku nibiru, bumi dan matahari...medan magnet bumi akan bercelaru..kita akan kehilangan medan magnetic..sekurang kurang tiga hari...dan ini terjadi pd mars pd masa dulu. bila kehilangan magnetic akan terjadi tiupan angin sejuk spt zaman nabi sale. angin ingin mengahsil bunyi yg kuat hingga bole mmatikan manusia. (cari ayat ttang pekikan di dlm yasin) nabi saw mminta kita mminta menutup pintu dan tingkap..utk mengelak mjadi pekak.Pada berlaku itu..north pole akan berganjak 40 darjah ke siberia...khatulistiwa adalah di australia. kutub utara , usa dan europe ditutupi ice.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular