AZIZ BARI TINGGALKAN UIA MENJELANG 2012

Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini.

“Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA,” kata beliau.Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya.“Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik,” kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu.

“Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya.

“Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya,” kata beliau lagi.

“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika itu.

Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Ulasan

Catatan Popular