(WAJIB BACA) SIRI 1 : FLORIDA DALAM AIR MENYEBABKAN KANSER, KEMANDULAN, KEROSAKAN OTAK

Sebelum korang baca lanjut artikle di bawah... Aku nak tanye satu soalan "KENAPA UBAT GIGI KANAK-KANAK JENAME MUKMIN TIADA KANDUNGAN FLORIDA BERBANDING UBAT GIGI KANAK-KANAK LAN?... jawapannye di bawah ini...

Kajian di Washington telah membuktikan bahawa kebanyakkan yang mengidap sindrom sakit sendi pangkal lengan dan juga sakit seperti ditusuk-tusuk jarum pada tubuh badan (nyeri) adalah diakibatkan oleh fluorida/klorin yang diambil menerusi air yang di minum.


Pernahkah anda mendengar kisah ini? Luar biasa bukan? puluhan juta orang terkena penyakit tapi tiada liputannya di media.
Keretakan pada tulang pelvis

Meminum air yang mengandung fluorida akan meningkatkan risiko retak pada tulang pelvis dua kali ganda, sama ada kepada lelaki mahupun wanita yang lanjut usia. Malahan air dengan fluorida yang sangat rendah yakni 0.1 ppm, sudah memadai meningkatkan risiko keretakan pada tulang pelvis.
Kanser

Kajian yang di lakukan menerusi program National Cancer Intsitute Toxicological menemui bahawa fluorida boleh digolongkan sebagai karsinogen (agen yg mengakibatkan pertumbuhan kanser dlm tisu hidup). Kajian yang terperinci yang di buat oleh New Jersey Departement of Health, fluorida mengakibatkan peningkatan 6.9 kali ganda Kanser tulang pada lelaki muda. Kajian sebelumnya menunjukkan peningkatan sebanyak 5% pelbagai jenis Kanser pada komuniti yang menggunakan air yang mengandungi fluorida/klorin . Di kongres pada tahun 1981, Dean Burk menjelaskan kepada pakar kimia di National Cancer Institute AS, dilaporkan sekurang-kurangnya 40.000 kematian disebabkan Kanser pada tahun 1981, sama jika dibandingkan pada 40.000 kes kanser disebabkan oleh fluorida. Kes seperti ini, sebenarnya boleh di cegah sekiranya sisa buangan industri tidak bercampur dengan bekalan air untuk orang awam. menurut Burk, risiko Kanser di akibatkan fluorida jauh lebih tinggi dan lebih banyak dibandingkan unsur kimia lain.
Kemandulan

Kajian menunjukkan bahawa kemandulan pada wanita meningkat sekiranya menggunakan air berfluorida. Ilmuwan FDA (Food And Drug Administration) melaporkan wujudnya hubungan kait antara penurunan tahap kesuburan wanita dalam lingkungan usia 10-49 tahun dengan peningkatan kadar fluorida dalam badan.
Kerosakan Otak

Fluorida berkebolehan menghalang perkembangan para bijak pandai, Ini kerana semenjak kecil lagi mereka telah diracuni oleh fluorida. Tahap IQ mereka menjadi lebih rendah jika dibandingkan kanak- kanak yang tidak terdedah kepada fluorida pada semua peringkat umur telah dibuat kaji selidik.
Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)

Beberapa kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa kadar aluminium yang sedia ada di dalam otak haiwan akan meningkat dua kali ganda dengan kehadiran fluorida. Berdasarkan artikel di Wall Street Journal edisi 28 Oktober 1992 tentang kajian yang di lakukan oleh Varnier JA,Et.Al., menjelaskan bahawa “tikus yang diberikan fluorida dalam dosis tinggi menunjukkan perilaku berjalan tertatih-tatih seperti haiwan tua…”Hasil pemeriksaan bedah siasat menunjukkan rosaknya struktur sel otak tikus tersebut.

Nota: penyakit Alzheimer di analisa buat pertama kali oleh Dr. Alois Alzheimer pada tahun 1907.Sebagai penyakit penyebab kematian yang dikelaskan pada peringkat ke empat, di Amerika Syarikat. Alzheimer biasanya terjadi kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas . Berdasarkan hasil kajian, 50% warga emas 70 tahun ke atas mengidap penyakit ini disebabkan oleh fluorida.
Bahaya fluorida yang disembunyikan

Dr.William Marcus, bekas ketua di toksikologi bahagian air minum EPA dipecat dari pekerjaannya pada tahun 1991, setelah bertindak memaklumkan bahawa fluorida berpotensi secara perlahan-lahan atau beransur-ansur menyebabkan Kanser,ini tidak dapat dinafikan lagi. Marcus membawa kes ini ke mahkamah dan berjaya membuktikan bahawa pemecatannya bermotifkan politik dan akhirnya ia kembali bertugas semula di jabatannya. Sekarang Marcus tidak mahu lagi memberi komen tentang episod ini dan ia hanya menyatakan..”penilaian saya tentang flourida berkeupayaan menukarkan sel normal menjadi sel kanser tidak tepat”.

Dan kita dapat membuat kesimpulan bahawa para ilmuwan kerajaan di paksa mengubah penemuan mereka dan menggambarkan fluorida dengan bahasa yang lebih halus. Media juga tidak memaparkan masalah ini pada umum padahal bahaya fluorida luar biasa. kandungan fluorida yang terdapat dalam ubat gigi kita boleh membunuh kanak – kanak.

Pernahkah anda membaca peringatan yang tertera pada ubat gigi?

AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK DI BAWAH 6 TAHUN KE BAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN,SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA.


ersoalannya kenapa peringatan seperti itu tertera pada label kenapa perlu berjumpa dengan pusat kawalan racun dan bukannya doktor?. Dan kenapa amaran seperti ini tidak wujud jika produk tersebut adalah dikeluarkan oleh AS untuk eksport? Cuba periksa kotak ataupun ubat gigi anda. Mungkin anda akan terkejut kerana tiada menemui label ini!.

Ada 3 bahan dalam ubat gigi yang dikategorikan berbahaya. Fluorida berbahaya jika tertelan, Sorbitol dan Sodium Lauryl Sulfat boleh mengakibatkan cerit berit, terutama pada kanak-kanak. Mulai 7 April 1997, FDA menetapkan semua ubat gigi dan juga produk yang mengandungi fluorida yang dijual di AS harus di mempunyai label Amaran racun /berbahaya.

Setiap kali anda menggosok gigi, sisa industri ini yang dimuatkan dalam ubat gigi akan meresap masuk ke dalam sistem peredaran darah anda menerusi lapisan dalam mulut yang diberi nama buccal Mucosa Jika satu sudu teh ubat gigi berfluorida boleh membunuh kanak – kanak, bagaimana pula kesan jangka panjang fluorida ubat gigi yang masuk ke tubuh kita??

Fakta-fakta kesan sampingan Fluorida

Fluorida di gunakan untuk mengawal perilaku dan suasana hati manusia. Tidak banyak diketahui (kerana dirahsiakan), sebatian fluorida yang di tambahkan ke air minum tahanan /banduan akan membuat mereka akur dan tidak membantah terhadap pegawai yang bertugas. Hal ini di manfaatkan dengan baik di kem-kem tahanan Nazi pada perang dunia ke-2 dan juga digunakan Gaulag Soviet di Siberia.

Fluorida dapat mencegah kerosakan (gigi dan tulang) manusia sangat kecil ataupun mungkin tiada sama sekali. pada tahun 1990,Dr.Jhon colquhoun di paksa bersara kerana kenyataannya, kini beliau berada di Selendia Baru (Indonesia) berdasarkan kajiannya terhadap 60 ribu orang murid sekolah dan beliau tidak menemui perbezaan kerosakan gigi di antara yang menggunakan fluorida dengan yang tidak. Malahan beliau mendapati wujud enamel kotor dan berkarat pada kanak- kanak menggunakan (fluorida) Lalu, apa salah doktor ini?sudah tentu kerana ia mengizinkan kajiannya ini diketahui umum.”Fluorida adalah kes kekacauan ilmiah terbesar abad ini,” kata Robert Carlton,Ph.D., bekas ilmuwan AS yang bekerja di bawah EPA (Environmental Protection Agency –Agensi Perlindungan Alam Sekitar) di Canadian Broadcast Company, 24 November 1992.

Banyak ubat berkadar fluorida tinggi

Sejak akhir-akhir ini, banyak ubat yang mengandung fluorida ditarik dari pasaran kerana mengakibatkan penyakit dan kematian. Fluorida “sangat beracun terhadap hati,” kata Andreas Schuld dari Vancouver, BC Canada. Pemimpin organisasi Orang tua di mana anaknya mengalami keracunan Fluorida ini menjelaskan, “Fluorida dalam hati akan mengganggu penghasilan hormon tiroid, mengakibatkan gangguan tiroid, dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit seperti penyakit otot, jantung, dan sebagainya.” Kesan lain termasuk penyakit otot kronik yang menyebabkan nyeri dan lesu tidak bermaya. Schuld mengumumkan bahawa Baycol telah ditarik balik daripada pasaran baru-baru ini sebagai contoh ubat yang merbahaya kerana mengandung fluorida. Ubat bagi menurun kadar kolesterol ini telah digunakan 700 ribu warga Amerika. “Baycol terbabit dengan 31 kematian di AS, dan sekurang-kurangnya sembilan kes lain yang menyebabkan kematian di seluruh dunia,” ujar Schuld.

Nota 1: Yang dimaksud dengan di dalam air adalah Klorin satu kumpulan dengan Florin dan bila ia membentuk sebatian dengan oksigen ia dikenali dengan klorida dan juga Florida.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)... sebab tue ubat gigi kanak-kanak Mukmin takde florida



nampaknye fitnah umno tak menjadi!!!

Ulasan

Catatan Popular