UTUSAN MOHON BATAL SAMAN ABG MAT... ALASANNYA MENGAIBKAN....

Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 November ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.


Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O’Hara.

Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini, lapor Bernama Onine.

Dalam permohonan yang difailkan 27 Oktober lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

..dulu kau terbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos berhubung isu Tragedi Bukit Kepong dgn mendakwa dan mengaibkan Mat Sabu sebagai penyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis.... sekarang kau pulak takut diaibkan....

Ulasan

Catatan Popular