UMNO KELANTAN BERGOLAK BEREBUT JAWATAN MB : AWANG vs TOK PA

Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan masih menaruh harapan untuk menjadi menteri besar Kelantan sekiranya Umno berjaya menawan semula Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti walaupun pada PRU12 yang lalu Umno hanya menang enam kerusi daripada 22 kerusi yang dimenanginya sebelum itu.

Sebaliknya Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13 dan berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"Di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)," kata beliau.

"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular