Tubuh suruhanjaya siasat Transnasional rugi RM300j

Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan (TWU) menggesa Putrajaya menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat punca kerugian RM300 juta dialami Konsortium Transnasional Bhd (KTB) sehingga menyebabkan ia memberi kata dua mahu menghentikan khidmat di enam negeri bulan depan.

Setiausaha Agungnya Datuk Zainal Rampak berkata, siasatan perlu bagi menentukan kebenaran dakwaan bahawa syarikat berkenaan dikatakan tidak telus dalam perkara berkaitan pendapatan dan juga penjualan harta, kononnya dibuat untuk menambah modal.

“TWU kecewa dengan tindakan penutupan laluan yang tidak menguntungkan dibuat oleh KTB dan kami difahamkan syarikat telah menjual banyak hartanah yang dikumpul pengurusan lepas untuk menambah modal syarikat.

“Pekerja ingin tahu ke mana perginya wang jualan hartanah tersebut, perkhidmatan bas termasuk bas henti-henti di mana penjualan tiketnya dibayar secara tunai oleh penumpang tidak ada terma kredit yang terlibat dalam urusan tersebut,” kata bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini dalam satu kenyataan.

Ulasan

Catatan Popular