SPR NASIHAT NAJIB DULU... JANGAN MENYIBUK HAL ORANG

Dewan Pemuda PAS membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang “menyibuk” terhadap urusan parti politik lain dengan mahu memujuk negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat agar mengadakan pilihan raya umum secara serentak.


Sebaliknya, sayap pemuda PAS itu mahu SPR memujuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengummkan tarikh pilihan raya umum lebih awal.

SPR tidak berhak untuk masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

“Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula terhegeh-hegeh mahu menasihati parti politik untuk mengadakan pilihan raya umum secara serentak?” kata Riduan.

Riduan menambah, sepatutnya urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai perkara itu.
“Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan,” katanya lagi.

Riduan menambah, pihaknya mahu mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Aziz (gambar) menasihati dahulu Najib agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal.

“Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular