SEKITAR MAJLIS KORBAN DPPWM 1432

 Alhamdulillah, pada tanggal 11 Zulhijjah (Isnin) DPPWM dengan kerjasama ahli qariah kg. Sg Mulia Gombak berjaya menyempurnakan suatu lagi amalan yang dituntut sempana Aidil Adha iaitu ibadah Korban. Majlis ini mendapat kerjasama dan sambutan yang baik daripda masyarakat tempatan apabila sekitar 20 ekor lembu berjaya di sempurnakan sekitar jam 8 pagi dan berakhir hampir ke waktu zohor.







Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan
berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah
dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati









“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang
lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia
akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulubulunya
(dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban
itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas
bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu
Majah dan al-Hakim)

Ulasan

  1. patriot pun ada ka?

    BalasPadam
  2. wakil dari patriot juga hadir,mungkin baru bertaubat...

    BalasPadam
  3. nasib baik patriot tak buat huru hara,gegak gempita,kacau biLau,jLn jem hari tu Laa...

    BalasPadam
  4. dia sorang tu psl pemalu cuba ramai pasti ...

    BalasPadam
  5. apesal patriot tu korang tak sembelih sekali baru la p...

    BalasPadam
  6. kesian dia,bru nk berjinak tu..kita anggap muallaf la dia ni...

    BalasPadam
  7. patriot tue dah daftar ahli PAS seumur hidup..takbir!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular