SAYA SEDIA MENGHADAP SULTAN : AZIZ BARI

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan baginda berkaitan audit kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Aziz berkata, “saya tidak berniat melawan baginda.”

“Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.

“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan,” kata Abdul Aziz dalam respons menerusi e-mel petang tadi.

“Saya menyeru para pegawai atau orang yang rapat dengan istana berhenti memberi nasihat yang salah kepada Sultan. Saya sanggup mengadap untuk memberi penjelasan. Saya bukan antiraja seperti yang digambarkan.

“Sebenarnya saya telah dipanggil oleh beberapa orang kerabat dan mereka menyokong kenyataan-kenyataan saya. Mereka kata teguran itu meskipun pahit perlu dibuat bagi menyelamatkan institusi raja dari ditunggangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Umno,” kata Aziz lagi.

Aziz menambah, seperti yang “saya maklumkan apa yang berlaku di (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS semalam bukan yang pertama dan satu-satunya. KUIS adalah milik MAIS dan ia di bawah Sultan.

“Saya sudah diperlakukan begitu dalam satu program anjuran IKIM tak berapa lama dulu. Ia mungkin dilakukan ekoran peranan saya dalam isu perlantikan SUK awal tahun ini,” kata beliau.

Ulasan

  1. takkan baginda yg cerdik pun boleh diperbodohkan oleh umno?

    BalasPadam
  2. ana syorkn pemuda wm jadi org tgh !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular