NFC AKAN BAGI PENJELASAN HARI INI!!!!

National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan memberi penjelasan berhubung kontroversi berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pembangkang, hari ini.
Pengurusan kanan syarikat itu dijangka menjawab semua persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, di pejabat NFC di Jalan Gemas, Negeri Sembilan, jam 11 pagi selain membawa wakil media melawat ke kawasan ladang syarikat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

Dakwaan pembangkang keterlaluan dan projek terbabit tidaklah seperti digambarkan, sebaliknya menghadapi beberapa masalah yang akan diperjelaskan hari ini
Pihak NFC akan membuat penjelasan bagaimana mereka berdepan dengan masalah dari mula beroperasi.


Mereka akan memberi penjelasan target sebenar yang ditetapkan oleh Kerajaan


Mereka akan memberi penjelasan betapa susahnya untuk memasarkan daging lembu yang dimonopoli oleh kaum Cina


Mereka akan memberi penjelasan kenapa mereka melabur untuk membeli bangunan kondo


Mereka akan memberi penjelasan kenapa kerajaan melambat-lambatkan pembinaan pusat penyembelihan di tanah NFC


Mereka akan memberi penjelasan tanah yang diduduki oleh NFC adalah disewa daripada PMB negeri Sembilan


Mereka akan memberi penjelasan bahawa Wang RM250Juta adalah pinjaman daripada kerajaan dan perlu dibayar balik bukan dapat percuma.

Mampukah semuanya akan terjawab pada hari ini.?????

Ulasan

  1. parlimen dah jawab..menteri dah jawab..najib nazak dah jawab...kj dah jawab...muhyiddin dah jawab...pak lah pun dah jawab.... sekarang ni kita tunggu suami shahrizat pula jawab....klu tak terjawab juga baik lah shahrizat undur diri ...apa yg telah disaran oleh bung mokhtar di parlimen... fikir fikir lah rakyat malaysia kuasa dihujung jari anda...jatuhkan bn-umno dan pilihlah pakatan rakyat...hidup pakatan rakyat....takbir...solawat

    BalasPadam
  2. yg lawaknye bila SPRM kata...(tak boleh ckp nnti kena to............................)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular