7 Nov 2011

NAMA BAPA ANAK TIDAK SAH TARAF.. MEKANISMA TERBAIK PERLU...
abu nu'man7 Nov 2011 6 Komentar

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pihak berkuasa agama negeri khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan wajar mengadakan muktamar bagi membincangkan isu memasukkan nama bapa kepada bayi-bayi luar nikah atau yang lahir dalam tempoh enam bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapa mereka, demikian menurut sarjana-sarjana Islam.

Prof Dr Mohamad Ajmal Abdul Razak Al-Idrus dari Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) berkata, satu pertemuan perlu dipanggil untuk membincangkan isu berkenaan di kalangan sarjana yang berlainan aliran sunah untuk “mencari satu penyelesaian secara progresif.”
Kata beliau, sudah ada kes-kes masa lalu di mana menerima idea daripada aliran lain, antaranya berkaitan tunai haji, apabila lelaki dan wanita boleh bersolat bersebelahan, di depan atau belakang satu sama lain dan menyentuh satu sama lain secara tidak sengaja tidak membatalkan sembahyang.
“(Oleh itu) ‘menulis tidak berkenaan’ pada ruang bapa dalam sijil kelahiran akan merugikan seseorang kanak-kanak sebab ia satu bentuk diskriminasi dan melabelkan kanak-kanak terbabit dengan stigma yang dia tidak harus tanggung,” kata beliau dalam satu tulisan siaran Sunday Star semalam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia Prof Dr Mohamad Hashim Kamali pula berkata, dalam Islam seseorang bapa boleh menuntut hak keibubapaan meskipun anaknya lahir akibat hubungan luar nikah.
Kata beliau, sebaik sahaja pengesahan keibubapaan diperoleh, kesemua hak lain termasuk hak ke atas soal penjagaan dan nafkah akan menyusul dengan sendiri.
“Tidak ada anak lelaki dan anak perempuan kelas pertama, atau kelas kedua ataupun kedua ketiga apabila pengesahan keibubapaan diberikan,” kata Hashim lagi.
Sambil mengakui beliau tidak terkejut bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan menerima pandangan majoriti bahawa hanya bayi yang lahir selepas enam bulan selepas satu-satu perkahwinan adalah sahih, Hashim yang menghormati pendirian badan itu menyoal sama ada pihak berkenaan melihat secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai perkara berkaitan.
“Mengapa kita perlu terlalu literalis dalam fesyen ini? Mengapa Majlis Fatwa harus berfikiran bahawa mereka hanya boleh sah jika mereka mengikuti versi yang sangat menyusahkan ini?
“Masyarakat Malaysia tidak wajar dilayan dengan peraturan sedemikian,” kata beliau sambil menambah, belas kasihan dan kebijaksanaan untuk memahami Islam dengan betul dalam era semasa.
“Ulama dan mufti kita harus sentiasa memberi perhatian kepada perkara ini,” kata Hashim.
Laporan media baru-baru ini menyebut maklumat mengenai individu yang mengaku bapa kepada anak luar nikah kini boleh dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Maklumat itu berdasarkan pengakuan sebagai bapa bagi pasangan yang berkahwin kurang daripada enam bulan atau qamariah dan yang tidak berkahwin dengan syarat ibu dan lelaki itu menandatangani bersama borang permohonan. Ia selaras dengan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, Seksyen 10 Ordinan Sabah Cap 123 dan Seksyen 11 Ordinan Sarawak Cap 10 dan Pekeliling 8/2009 yang telah diedarkan kepada semua JPN negeri pada Ogos 2009.
Penjelasan itu dibuat dalam kertas kerja oleh Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar di Kuala Terengganu pertengahan bulan lalu.
Isu anak tidak sah taraf hangat dibincangkan apabila kerajaan negeri mencadangkan mekanisme bagi membolehkan anak-anak itu didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak itu menanggung tekanan emosi berpanjangan.
Menurut kertas kerja itu, tujuan memasukkan maklumat berkenaan adalah untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada bayi sekiranya bapa adalah warganegara Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu Khazan Che Mat berkata, cadangan kerajaan negeri agar diwujudkan mekanisme bagi membolehkan anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan bin atau binti bapanya tidak harus disalah tafsir dan dipolitikkan.
Menurut beliau, cadangan itu sebagai alternatif untuk memastikan golongan itu tidak menanggung bebanan emosi dan terhukum kerana kesalahan ibu bapa masing-masing.
Katanya, soal itu baru sahaja dikemukakan dalam kertas cadangan untuk diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi.
Menurut beliau, pihak-pihak berkenaan sudah bersetuju dan akan memperkemaskan kertas cadangan itu bagi membolehkan perkara itu dibincangkan dengan lebih serius.
“Kita perlu bawa perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan agar sekiranya ada ruang yang boleh kita bantu anak-anak tidak sah taraf ini, kita perlu lakukannya,” jelas beliau bulan lalu.
Dalam pada itu, penyelidik kanan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Bagi Kewangan Islam Dr Mohamad Sujimon berkata, beliau risau apabila mendengar JPN mahu meletakkan butiran “tiada maklumat” di ruang nama bapa jika seseorang bayi lahir dalam tempoh enam sejak perkahwinan mereka.
“Ia sesuatu sangat tidak kena. Seseorang bapa berhak untuk mengatakan ‘yang ini anak saya’ meskipun seseorang kanak-kanak lahir kurang daripada enam bulan daripada tarikh perkahwinan,” kata graduan Universiti Al-Azhar ini sambil menambah, “seseorang kanak-kanak itu tidak berdosa.”
“Sarjana-sarjana harusa melihat dari sudut kepentingan kanak-kanak (bayi yang baru lahir) dan cuba untuk mencari penyelesaian.”
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

6 ulasan:

  1. ank Luar nikah hasil drpd mak pak yg tak gerun azab kubur &,azab api nerake.Nk timbuL 2 gerun ni perLu kpd satu sistem pendidikn yg memandang tinggi kpd al quran serta menjunjung kasih kpd sunah nabi s.a.w. tapi UMporNO tak yakin utk diterapkn so UMporNO La puncanye so UMporNO wajib di dakwah kn !!!

    BalasPadam
  2. ana setuju pandangn di ats tu.UMPORNO tak de maklmt sebenarnye akibat drpd kerakusn mereka utk mengejr kekayaan dunia sehinga mereka trLupe ade nye kehidupn sLps mati nnti.SELAMATKN UMPORNO

    BalasPadam
  3. tak phm seLamatkn UMPORNO ?

    BalasPadam
  4. Umporno punca die memang betul... tp ape PAS wat, kejar politik je dr selamatkan akidah owg... Parti Ajaran Sesat(PAS) lg teruk dr umporno, jual agama demi politik... umno masuk neraka, pas pn msuk neraka jua weyh...

    BalasPadam
  5. aku tak cakap UMporno masuk... owang umno sendir yg ckp

    BalasPadam
  6. AKU PELIK LA..PAS NIE..SIKIT2 SALAHKAN ORG LAIN...CUBE LIHAT DI SENDIRI..PENJUANGKAN SANGAT KELING AMBIGA TU..SKARANG DA NAIK KEPALA..PEJUANGKAN ANUWAR YANG GAY....CUBE ORG LAIN YANG BUAT MAMPUS LA..TP KALAU PAS SEMUA OK....AKU CAKAP ATAS DASAR MEMERHATI..AKU TAK SOKONG PAS ATAU UMNO ..KALAU UMNO SALAH AKU TETAP KOMEN...TP KALAU PAS LANGSUNG TAK TERIMA KENYATAAN...YER LAAA DA DIJINJIKAN PANGKAH MASUK SYURGA.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.