NAJIB BAKAL HILANG UNDI KALAU TAK IKHTIRAF LGBT

“Majlis Peguam mahu PM Najib Razak melaksanakan pemikiran yang sama dalam menghormati komuniti LGBT di Malaysia,” kata Presidennya Lim Chee Wee.

Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa berhenti daripada mengambil tindakan pendakwaan ke atas golongan minoriti seksual jika mahu Malaysia dihormati sebagai sebuah negara demokratik, katanya.


Sehubungan itu Majlis Peguam juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengotakan kata-kata beliau berada di Australia baru-baru ini bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi yang progresif dan bukannya penindas kumpulan pelarian dan pencari suaka dalam membela nasib kumpulan minoriti seksualiti.

“Kami menganggap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai golonagn yang berhadapan dengan tindakan pendakwaan atas asas orientasi seksual dan identiti jantina,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, tidak dapat dinafikan bahawa ada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan orientasi seksual dan identiti gender anggota komuniti LGBT.

“Tetapi minoriti seksual ini, malah komuniti-komuniti minoriti yang lain perlu dilindungi,” kata beliau sambil menambah, kebebasan individu tidak bermakna jika mereka didampingi secara selektif ataupun bagi mereka yang bersetuju dengan pandangan majoriti.

Sehubungan itu Lim berkata Najib ada menulis dalam akhbar Sydney Morning Herald bahawa Malaysia bukan merupakan negara penindas atau negara yang ketinggalan sehingga dilihat sebagai negara mengambil tindakan pelarian dan pencari suaka.

Ulasan

Catatan Popular