MALAYSIA LAKSANA LAMA DAH HUDUD : KETUA PEMBANGKANG DUN KELANTAN

Bagaimanapun kepimpinan Umno Kelantan menyerang usaha menggubal undang-undang hudud yang didakwa dibuat dengan tergesa-gesa sambil mendakwa ia strategi mahu mendapatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu, yang merupakan 95 peratus rakyat Kelantan.


Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan,Che Alwi Ahmad berkata PAS telah memberi gambaran yang salah mengenai undang-undang hudud di kalangan orang bukan Melayu dengan mengatakan mengenai hukuman dan bukannya mengenai keadilan sistem.
“Hudud adalah mengenai keadilan kepada mangsa, ia bukan mengenai hukuman. Ia sudah pun dilaksanakan di Malaysia khususnya sejak beberapa tahun lalu dengan hukuman seperti sebatan dan hukuman mati. Hanya hukuman lebih ekstrem seperti potong organ tidak ada".

“Saya sokong hudud. Umno sokong hudud. Kita gila jika tidak sokong hudud, sebagai seorang Muslim. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila setiap orang memahami mengenainya,” kata beliauketika ditemui baru-baru ini.


.... inilah akibatnya bila dah lama sangat jadi pembangkang kat Kelantan....

Ulasan

Catatan Popular