MAJILIS PEGUAM GUBAL 'RUU ALTERNATIF'.

Majlis Peguam merangka Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 alternatif kepada rang undang-undang kontroversial dibawa pentadbiran Najib, beberapa jam sebelum ia hendak dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.


Rang undang-undang disediakan Majlis Peguam ini akan dikemukakan kepada kerajaan pada kempen Walk For Freedom ke bangunan Parlimen, pukul 11.30 pagi ini.

Peruntukan yang disyorkan termasuklah:

-Penganjur perlu memaklumkan OCPD dalam bentuk tulisan sekurang-kurangnya lima hari sebelum perhimpunan.
-Notis tidak perlu diberi kepada perhimpunan-perhimpunan aman yang tidak munasabah atau tidak praktikal untuk dilakukan, antaranya kempen pilihan raya.
- OCPD, selepas menerima notis, akan mengadakan perbincangan dengan penganjur dengan niat mahu memudahkan penganjuran perhimpunan aman


- OCPD perlu memaklumkan penganjur jika apa-apa syarat hendak dikenakan dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis


- Pembentukan Lembaga Perhimpunan Aman dengan 25 anggota, antara lain untuk mendengar sebarang permohonan daripada OCPD atau penganjur, mewujudkan kefahaman mendalam di kalangan orang ramai mengenai isu-isu berkaitan perhimpunan awam yang aman


- Tugas anggota di tempat perhimpunan aman


- Tiada anggota polis harus berada di kawasan perhimpunan persendirian


- Peranan pihak media


- Hukuman denda ke atas penganjur yang melanggar undang-undang ini tidak melebihi RM5,000


- Anggota polis yang melanggar akta ini, yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000

Nota kaki: - "pendekatan kerajaan dalam menyediakan hak untuk berhimpun adalah terlalu terhad dan terbatas selain tidak selari dengan norma-norma antarabangsa ataupun kemajuan dalam hak asasi manusia yang turut diapirasikan oleh rakyat Malaysia."

Ulasan

Catatan Popular