ISA SAMAD SIBUK LAYAN BINI LUPA JAGA KAWASAN

(HM) PORT DICKSON: Keadaan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sendayan, di sini, yang daif dan serba kekurangan menyebabkan muridnya berhimpit kerana berkongsi kelas dengan murid dari kelas lain.
Keadaan bertambah buruk kerana persekitaran sekolah itu sering dinaiki air setiap kali hujan berikutan sistem longkang yang tidak lancar.
Persekitaran yang tidak kondusif itu menyebabkan 66 murid serta tenaga pengajar dan kakitangan sekolah berkenaan sentiasa berharap ada tindakan daripada pihak berkuasa untuk mengatasi itu.
Tinjauan mendapati keadaan bangunan sekolah itu sangat mendukacitakan dan daif dari segi kemudahan berikutan banyak kerosakan struktur bangunan pada tiang, siling dan dindingnya akibat dimakan anai-anai.

Akibat keadaan pagar yang berlubang, kawasan sekolah mudah diceroboh dan sering menjadi sasaran pencuri terutama pada waktu malam menyebabkan tiga komputer yang diderma sebuah syarikat swasta dicuri baru-baru ini.

Selain itu, warga sekolah terpaksa bertahan dengan masalah ketiadaan perkhidmatan air selama setengah bulan untuk setiap bulan dalam setahun dan tidak tahu bagaimana mahu mengatasi masalah terbabit.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, S Puvaneswary berkata, tiada sebarang peruntukan diterima pihak sekolah bagi memastikan murid selesa.

“Sekolah ini daif dan menyedihkan dengan keadaan kerusi dan meja yang rosak serta keadaan bilik yang begitu teruk. Kos membaik pulih memerlukan sumbangan orang awam kerana tidak mendapat peruntukan daripada mana-mana pihak.
“Sudah empat kali saya memohon bantuan daripada pihak bertanggungjawab, namun permohonan dipandang sunyi dan sehingga sekarang belum mendapat jawapan,” katanya.

... so Isa Samad katik lu buat apa kat sana? ke tengah syok layan bini muda?

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular