INILAH SULTAN YANG KU KASIHI
Hari ini Al-Sultan Kelantan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan menghadiri Majlis Korban Anjuran Majlis Agama Islam Kelantan bertempat di Komplek Agama Panji. Amalan ini menjadi rutin Kebawah Duli Tuanku pada setiap kali menyambut Aidil Adha. Pada tahun ini sebanyak 40 ekor lembu dan seekor kerbau telah disumbangkan untuk ibadah korban ini dimana Tuanku Sultan Muhammad Ke-V sendiri menyumbangkan seekor lembu dan seekor kerbau. Dalam majlis ini Al-Sultan Kelantan juga telah berkenan menyembelih sendiri lembu yang disumbangkan oleh baginda sendiri.
Daging korban kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk fakir dan miskin serta mereka yang berhak menerimanya sekitar Kota Bahru,Kelantan. Turut serta dalam majlis ini adalah YTM Tengku Mahkota Kelantan. Kelihatan Tuanku Al-Sultan Kelantan yang berjubah putih sedang menyembelih lembu korban baginda dimajlis ini.
Sebelum itu dalam titahnya Sultan Kelantan meminta rakyat bersyukur dikurniakan hidup dalam suasana penuh keamanan dan kesejahteraan di negara ini.
Baginda meminta rakyat menghindarkan diri daripada terlibat dalam persengketaan dan salah faham dengan memikirkan masa depan mereka yang akan lebih mencabar dan penuh pancaroba ini.
"Kita patut bersyukur dan berdoa semoga terus diberi kebahagiaan dan dapat hidup dalam aman dan tenteram serta mengerjakan ibadat dengan mendapat keberkatan dan diberi ganjaran setimpal.
"Hindarilah persengketaan, salah faham dan sedia bermaaf-maafan untuk kita menghadapi dunia yang penuh cabaran ini," titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidil Adha di sini Jumaat.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh rakyat, baginda bertitah rakyat patut bersyukur diberikan kesihatan dan kebahagiaan ketika menyambut Aidil Adha ini.

bole ke SULTAN aku ni jernihkan balik air paip aku yang KUNING TAIK supay BERSIH? BOLE KE? dah 21 tahon aku tunggu taklah lama sangat.
BalasPadamSubhanaAllah maha suci Allah yang membentuk iman hambanya. aku bersyukur kepada mu kerana mengurniakan negeri Kelantan Sultan dan Menteri Besar yang mencintai Islam. Ahamdullilah.
BalasPadamWahai rakyat Kelantan berkorbanlah jiwa raga kamu untuk mempertahanankan Islam dari terlepas ketangan mereka-mereka yang hanya beriman dengan angan-angan dan ucapan tanpa berusaha menegakannya. Amin
Syukur Alhamdulillah ini lah disuruh oleh nabi bila sudah jadi ketua agama tunjukkan amalan dan tauladan yang mutlak bukan nya bercakap macam yang dok jadi ketua agama hari ini termasuk yang paling tinggi bila nak bertakbir jemput ramai-ramai budak-budak tahfiz lepas tu tayang kat media konon ketua agama pun boleh takbir ingatlah kuasa yang ada hanya setakat dunia sahaja yang nak guna di akhirat esok ialah apa yang kamu buat wahai ketua agama
BalasPadamTeringin nak tengok Sultan Selangor,sultan Perak,sultan2 lain dan pm semeleh korban pulak...
BalasPadampasal apa air umah aku kat pasir mas bersih je... mesti kes rumh umno nie... penuh dengan air najis... hidup pun bergelumang dengan najis umno...
BalasPadambukn bodh cuma tak pandai je,APE KATE KITAB PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN brkenaan tugs2 SULTAN bkn syaitan,setan !
BalasPadam