IBRAHIM SILAP KUTUK ORANG..??



Haha..katak besar berbunyi lagi. Ibrahim Ali, kaki bodek nombor 1 Datuk Najib Tun Razak, kini mengeluarkan kenyataan menuduh PKR mendiamkan diri dalam soal Seksualiti Merdeka.
Cara dia bercakap tu seolah-olah nak menuduh yang Anwar Ibrahim ada terlibat dengan program tersebut. Wah..sakan betul dia ni tuduh orang. Tapi dia ketakutan pulak bila ulasan awal dia terdahulu yang menuduh masyarakat gay, lesbian serta lain-lain sebagai binatang menimbulkan kemarahan golongan tersebut. Cepat-cepat dia tukar nada.
Cuba korang baca di bawah.

Apa pun memang macam ni la kaki putar belit sebenarnya. Semua orang tak percaya cakap dia. Tapi penulis rasa dia ni dah tersilap langkah mengutuk PKR. Semua orang tahu Ibrahim Katak ni pemuja nombor satu Mahathir.
Walaupun pernah semasa Ibrahim dalam parti Semangat 46 dulu dia nak mencium bontot Mahathir,kalau Mahathir terima cabarannya, tapi sekarang memuja Mahathir habis-habisan. Mungkin agaknya Ibrahim tak perasan yang Marina anak Mahthir pernah terlibat merasmikan majlis Seksualiti Merdeka beberapa tahun lepas.
Haha...menjawab la kau Ibrahim dengan Mahathir.... Tapi bagi penulis, jenis manusia macam Ibrahim ni mudah saja bertukar-tukar cakap demi politik bodoh dia. Dia boleh 'swing' je cakap dia bila-bila masa....


Sikap membisu PKR sesuatu yang ajaib – Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih membisu tanpa sebarang pendirian berhubung isu program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011.

Katanya, adalah merupakan sesuatu yang pelik dan ajaib bagi parti itu apabila mereka mengambil langkah berdiam diri terhadap isu berkenaan.

“PKR sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan berhubung pelbagai isu sehingga perkara yang bukan menjadi isu pun ‘dibisingkan’ oleh mereka.

“Namun, mengapa isu sebesar ini tidak diambil pusing oleh parti berkenaan?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas sikap membisu PKR berhubung penganjuran program yang menjadi perhatian umum itu.

Tambah Ibrahim, tindakan PKR tersebut mencerminkan sikap sebenar mereka yang hipokrit dalam perjuangan.

Selain itu, Ibrahim menegaskan bahawa kenyataannya semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini yang menyifatkan program Seksualiti Merdeka 2011 cuba mempromosikan budaya ‘binatang’ dalam kalangan rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

“Saya bukan menyamakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ini sebagai binatang tetapi perbuatan mereka itu sebenarnya yang saya maksudkan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung), Abdullah Md. Yusof turut mempersoalkan tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

“Ini bukan soal politik tetapi kepentingan rakyat negara ini. Jangan hanya mahu berpolitik sepanjang masa tetapi senyap membisu apabila berhadapan dengan isu ini,” katanya.

Tambah Abdullah, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyalahkan UMNO berhubung perkara itu juga boleh dipertikaikan

“Semua pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menangani isu-isu sebegini dan bukannya saling tuding- menuding,” ujarnya.

Ulasan

  1. braheng ni no komen,ahli dia ramai maaa,tapi pemaLu,tu psL stadium kosong hari tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular