HUJAN KE RIBUT KE... MTUC TETAP BERPIKET PETANG INI

Rancangan mereka mahu mengadakan piket itu tiada sebarang perubahan dan tetap diteruskan di 18 lokasi, antara pukul 5.30 dan 6.30 petang ini walaupun hujan atau ribut.

“Ya, kami ambil maklum pandangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid bahawa kami kena membuat permohonan mendapatkan permit.

“Tetapi, sebagaimana masa-masa lalu, kami tidak memohon permit, sekadar memaklumkan kepada pihak polis, sebagaimana kami telah lakukan kali ini,” kata Halim yang merupakan Setiausaha Agung MTUC menekankan bahawa “kami cuma mengadakan perhimpunan aman tanpa mengganggu sesiapa dan pergerakan lalu lintas.”

“Oleh itu, kami berharap pihak polis akan memberikan kerjasama kepada MTUC dalam mengadakan piket ini,” katanya lagi.

Lokasi-lokasi itu ialah Seksyen 15 Shah Alam, Jalan Persiaran Kuala Selangor, Teluk Panglima Garang; pekarangan bangunan TWU di Jalan Barat, Petaling Jaya; Bukit Raja Klang, Rawang/Sungai Choh di Selangor; Pulau Pinang (di kawasan hadapan Pearl View Hotel, Prai); Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh); dan Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).


Lokasi lain ialah di Perak (kawasan berhadapan dengan bangunan MTUC, Ipoh), Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan); Kelantan (hadapan Kota Baru Trade Centre); Johor (hadapan Masjid Jamek Kampung Pasir, Batu 5 Jalan Skudai); Sabah (di kawasan berhampiran Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu); Kedah (di hadapan Sime Tyre International, Mergong); dan Sarawak (di hadapan Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).


Di ibu negara, piket akan diadakan di kawasan berdekatan dengan bangunan KWSP, Jalan Raja Laut.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular