MANSUH KERJA 9 JAM... PROJEK PEROMPAK TANGKAP PENCURI!!!

Muhyiddin Yassin berlagak HERO hari ini apabila mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.


Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada. disampaing memandangkan pilihanraya yang dah dekat.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pelajaran berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Sebelum ini puak-puak ini jugalah yang mencadangkan agar dilaksanakan di 4 buah negeri tahun hadapan yang melibatkan sekitar 5000 orang guru...

... standard le perompak tangkap pencuri... nak jadi hero!!!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular