(GAMBAR) 11.11.11 - 4 maut dalam nahas melibat bas dan trailer
Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai  orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi  makna sebaliknya kepada empat mangsa yang terbunuh di Kilometer 382,  Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah  Behrang dekat sini semalam.

Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis  kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas  membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti di Genting Highlands,  Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.

Namun kira-kira 10 minit selepas semua  peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler  membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang  berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan  rombongan yang berada di luar bas.




Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung  Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, Khairul Anwar, Maysarra dan  Basarah maut di tempat kejadian manakala Siti Hajar mati ketika dalam  perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).

Menurut beliau, tujuh penumpang bas  rombongan pelajar itu cedera parah. Mereka yang cedera parah dihantar ke  HSR dan Hospital Teluk Intan.


Ulasan
Catat Ulasan