APA? PEMUDA PAS BATAL DEMO HALANG SEKSUALITI MERDEKA.

Berikutan kenyataan pihak Polis yang mengarahkan pihak penganjur Seksualiti Merdeka menghentikan program mereka, dengan ini dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membatalkan tentatif Laporan Polis dan Demontrasi yang dijadualkan pada hari ini.
DPPWP berharap agar penganjur program berkenaan menghentikan program dan promosi mereka bagi mengelakan kemarahan masyarakat Malaysia yang menolak sebarang cubaan menghalalkan promosi perhubungan seks diluar batas kemanusiaan. DPPWP dari semasa ke semasa akan mengadakan program penerangan dan kempen bagi menyedarkan golongan yang mengamalkan nalusi seks songsang ini.

Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada setiap Pemuda PAS negeri di Malaysia membatalkan himpunan aman bagi membantah program tersebut.
Sekiranya pihak penganjur masih berdegil dan mahu meneruskan niat mereka, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengerahkan segala tenaga pemuda Islam yang di Malaysia ini untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan yang keras terhadap program yang seumpama ini.

Ulasan

Catatan Popular