ZUL KULIM, BRAHIM ALI, EZAM ANTARA PENCERAMAH LANTANG 'HIMPUN'

Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini dengan sasaran mahu menarik lebih 100,000 peserta menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain.




Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut.

“Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.

“Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili Himpun,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mohd Azmi menambah, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung.

“Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas,” kata beliau.

Tegas beliau, perkara yang hendak difokus oleh Himpun adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Ulasan

  1. elok bebenorlah tu,bn/umno/apco memang dah sah tak mau perundangan islam. adakanlah himpunan bagi mentarbiyah diri sendiri dulu sebelum bercerita hal yang lain.kalau diadakan sembahyang taubat beramai ramai lagi baguih,kuranglah kerja kami nak bagi penerangan tentang hukum allah yang wajib dilaksanakan oleh umat islam.anjor jangan tak anjor,jangan terlanjor udahlah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular