YES!!! 10 ARTIS SERTAI UMNO... BUKAN RAMAI LAGI KE?

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Seramai 10 artis menyerahkan borang keahlian menyertai Pemuda Umno malam tadi.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di sini ialah Timbalan Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Awie, Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program “Jom Masuk Umno”.

Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

... mereka masih keliru bahawa Islam telah menetapkan garis panduan bagi sesuatu bentuk hiburan... namum mereka mencari hiburan yang mengundang kemurkaan Allah...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular