AIDILADHA 6 NOVEMBER... LARANGAN MEMOTONG KUKU BAGI YG BERKORBAN

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya dipetik Bernama Online.

Ini bermakna 1 Zulhijjah jatuh pada hari ini, 29 Oktober 2011.... jadi kepada yang masuk korban tahun ini maka dimakruhkan ke atasnya untuk memotng rambut, bulu dan kuku sehingga haiwan korban itu disembelih.

Ini berdasarkan HR aljama'ah (kecuali alBukhari) dari Ummu Salamah ra: (sabda) "apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, jika ada di antara kamu yg mahu berkurban, hendaklah dibiarkan rambut, bulu dan kukunya."


Jumhur (kecuali Hanafi) : makruh hukumnya.

Sebab ditegah memotong kuku ialah supaya seluruh tubuhnya terhindar dari neraka.

Tambahan kepada jawapan mengenai sebab-sebab larangan memotong kuku dan rambut, menurut bekas Mufti Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz (Fatawa Islamiyyah 2/316) bahawa :

"Hikmah larangan ini ialah apabila seorang itu ingin menawarkan korban, dia seolah-olah menyertai jemaah Haji didalam salah satu ibadat Haji - dengan kata lain mendekatkan dirinya kepada Allah swt dengan menyembelih korban, dia juga menyertai beberapa ciri-ciri Ihram, iaitu dilarang memotong rambut dan sebagainya."

wallahu'alam

Ulasan

Catatan Popular