SUDAN AKAN LAKSANA PERLEMBAGAAN ISLAM... MALAYSIA?

KHARTOUM, 13 Okt — Sudan akan meneruskan langkahya mahu mengadakan perlembagaan Islam total selain memperkukuhkan undang-undang syariah, kata Presidennya Omar Hassan al-Bashir semalam, tiga bulan selepas Sudan Selatan berpisah dan menerima kemerdekaan.


Juba berpisah keluar pada 9 Julai lalu selepas satu referendum yang dipersetujui menerusi perjanjian damai 2005, yang mengakhiri perang saudara antara wilayah utara yang kebanyakannya beragama Islam dan selatan yang sebahagian besar merupakan penduduk Kristian dan kepercayaan tradisional yang lain.

Omar berkata Sudan akan menerima pakai perlembagaan Islam pada Disember ini jika Juba keluar tetapi ramai di selatan berharap beliau tidakl akan berbuat demikian.

“Kita boleh dipanggil sebagai negara Islam,” kata Omar, yang sebelum ini dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung tuduhan jenayah perang di Darfur.

Perjanjian damai 2005 mewujudkan perlembagaan sementara yang mengehadkan undang-undang Islam di wilayah utara dan mengiktiraf “kepelbagaian budaya dan sosial rakyat Sudan.”

Penduduk Sudan Selatan berkata mereka tidak dilayan dengan mesra di utara sejak pemisahan.

Kini, mereka telah kehilangan jawatan kerajaan dan perlu memperoleh permit kerja dan tinggal jika mahu terus duduk di utara. — Reuters
 
.... ku berdoa agar malaysia akan melaksanakan secara total perlembagaan islam ...

Ulasan

  1. Akan....sama jugak macam PAS...akan dan akan..dan akan...x boleh gak..kita salahkan UMNO...apa susah....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular