SPR DEDAH 40K PENGUNDI DIRAGUI... YE KE DIRAGUI?

Betul-betul telus ke SPR nie... atau 40k tue yg benar2 sah... yg tak didedahkan itu yg diragui....

SHAH ALAM, 13 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

“Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak,” katanya.

Dipetik Bernama Online, Aziz (gambar) menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

“Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50,” katanya.

Aziz berkata mengikut ramalan SPR, pilihan raya umum ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

“Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan pilihan raya umum ke-13 akan jalan rancak dan sengit,” katanya.

Ulasan

  1. Satu ketika dulu bukan main cakap besar lagi - ada talian keJabatan Pendaftaran Negaralah,system bio-metriklah,ada periksa dengan Jabatan Immegresenlah dan daftar pengundi tak boleh dibawa kemahkamahlah,macam-macam punya kang-kalikong.Sekarang dah ragu pulak.Betul-betul hampeh!!!

    BalasPadam
  2. bukan hampeh... sampeh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular