NAJIB PATUT LETAK JAWATAN

PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya.

... jadilah sebahagian antara mereka...

Ulasan

Catatan Popular