'KAMBING HITAM'KAN KORPORAL... KPN PATUT PIKUL KESALAHAN...

Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai “kambing hitam” memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu.


“Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.

“Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?” kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.

“Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat,” kata Chin.

Ulasan

Catatan Popular