JENG..JENG..JENG.. M'SIA CURI LEBIH 1400 HEKTAR TANAH INDONESIA!!!

Ahli-ahli Parlimen Indonesia mendakwa negara itu berhadapan dengan risiko kehilangan lebih 1,000 hektar tanah di kawasan Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Malaysia.


Satu lawatan kerja Suruhanjaya Dewan Perwakilan I memutuskan bahawa kawasan seluas 1,400 hektar di Camar Bulan di wilayah Sambas dan juga 80,000 meter persegi di Tanjung Datu boleh diambil oleh Malaysia, demikian menurut timbalan pengerusi suruhanjaya itu Tubagus Hasanudin.

Kawasan itu terletak di sebelah barat Sarawak dan melibatkan perjalanan kira-kira 400 kilometer jika melalui jalan darat sedia ada.

Dakwaan itu dilihat akan membawa kepada satu lagi krisis diplomatik selepas siri insiden sejak beberapa tahun lalu.

“Kawasan ini ada simpanan minyak dan gas. Kita harus menangani (kehilangan) ini dengan segera,” kata beliau dipetik Jakarta Globe.

Tubagus berkata suruhanjaya itu telah menerima laporan bahawa anggota peronda di sempadan mula mengusir rakyat Indonesia yang tinggal di kedua-dua kawasan berkenaan.

Beliau menambah suruhanjaya itu akan memanggil pegawai-pegawai Kementerian Luar dalam waktu terdekat untuk menguruskan perkembangan tersebut.

Beberapa anggota suruhanjaya itu menambah bahawa ada petanda kewujudan kumpulan jenayah di kawasan berkenaan.

Tjahjo Kumolo berkata suruhanjaya itu sedar kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai “mafia” ketika lawatan kerja mereka ke kawasan itu, tetapi tidak mahu memberikan butiran lanjut.

“Kami ada menerima laporan-laporan daripada sumber risikan dan gabenor menunjukkan wujud kepincangan yang membolehkan Malaysia mengambil tindakan yang salah ini,” kata beliau.

Tjahjo, setiausaha agung Parti Demoktratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) menyifatkan dakwaan mereka itu sebagai “skandal sempadan” dan memberi amaran ia boleh membawa kepada kehilangan simpanan arang batu.

“Dewan Perundangan dan kerajaan seharusnya dengan segera membentuk satu pasukan yang terdiri daripada Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Risikan Nasional dan Agensi Risikan Strategi,” katanya lagi.

“Pasukan itu perlu bebas dan tidak harus melibatkan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan isu ini,” katanya lagi.

Menurut belia, cara pengurusan kawasan sempadan perlu dikaji balik.

Ulasan

  1. kalau ada minyak dan gas disitu kenapa penduduk kalimantan masih hidup susah..??

    BalasPadam
  2. i takut terbaLik jer...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular