11 Okt 2011

ISU KG BARU... MB KHALID SEDIA JUMPA SULTAN SELANGOR
abu nu'man11 Okt 2011 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membawa isu Kampung Baru ke perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekiranya majoriti besar pemilik tanah kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu membantah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.


Menurut Khalid beliau akan membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru sebelum membuat keputusan termasuk menghadap Sultan Selangor bagi “melengahkan” pelaksanaan rang undang-undang itu, yang akan dibawa ke Dewan Negara sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akan bicang dulu (dengan pemilik dan pewaris tanah), kalau setuju kita akan pergi jumpa (Sultan Selangor)... kita orang Melayu ada adat, apa-apa kita akan bincang dulu,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Penerangan “Selamatkan Kampung Baru” di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau menjawab demikian apabila ditanya sama ada kerajaan negeri Selangor pimpinannya akan menghadap Sultan Selangor sebagai alternatif bagi “melengahkan” rang undang-undang itu dilaksanakan memandangkan Kampung Baru turut terletak di bawah bidang kuasa baginda.

Tanah di Kampung Baru ini adalah kurnia Almarhum Sultan Abdul Samad kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu dan sehingga sekarang Sultan Selangor berperanan sebagai pelindung dan penjaga kepentingan serta hak orang Melayu di kawasan itu.

Difahamkan dalam isu pembangunan Kampung Baru, Sultan Selangor berhak memberi pandangan serta nasihat kepada Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) dan penduduk Kampung Baru, malah kedudukan MAS sebagai badan pentadbir juga diputuskan baginda.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.