22 Okt 2011

HANIPA JAWAB ZUL KULUM KAKI JILAT
abu nu'man22 Okt 2011 1 Komentar

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Nordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.


Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang Shariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Nordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang Ghayru Muhsan ( lihat seksyen 13 ( 2 ) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan ( lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan taa’zir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud ?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “ Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd ( idraul hudud bisyubhah ).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman ? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman ta'zir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama ( apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Nordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut Enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan taa’zir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum tazir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno” Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum
Renungan kepada Zulkifli Nordin : Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita ? Ingatlah saudara Zullifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud . Berhentilah jadi Jahil murakkab ( orang jahil yang tidak tahu dia jahil ).
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. saudara2 pasti setuju jika saya gelarkan si zulnordin sebagai haiwan ternakan,terpulanglah nak labelkan dia sebagai kucing,anjing,ayam atau ba alif ba ya.sesungguhnya bukan saya yang berkata begini,sebaliknya ALLAH yg berkata begini..tak caya????sila saudara baca AL-QURAN,dalam surah AL-FURQAN juz 19,ayat44(ADAKAH ENGKAU MENYANGKA BAHAWA KEBANYAKAN MEREKA MENDENGAR ATAU MEMAHAMI TENTANG APA YANG DISAMPAIKAN,MEREKA HANYALAH SEPERTI BINATANG TERNAK,BAHKAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI)sama2lah kita berdoa agar zulnordin kembali kpd islam yg benar,bukan islam yg dibawa atau di ikuti oleh puak2 umno,,,dan sudah sampai masanya ALLAH memberitahu kita bahawa inilah dajjal2 yg bakal merosakan IMAN kita kerana puak2 umno beriman pada zahir tetapi kafir pada batin,dan ayat inipun NAFIQUUN,juz 28,ayat 3-(DEMIKIAN ITU KERANA MEREKA BERIMAN PADA ZAHIRNYA TETAPIKAFIR PADA BATINNYA,LALU DITUTUP MATAHATI MEREKA SEHINGGA MEREKA TIDAK MENGERTI)oleh itu saudara2 ku,,kita maafkan mereka kerana ALLAH telahpun menyediakan hukuman utk spesis2 ini,dan ingatlah saudara2ku,jangan kita cuba mendahului ALLAH dalam urusan manusia,

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.