DSAI AJAK DSNR DEBAT.... ADA BERAN?

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan Datuk Seri Najib Razak yang melabel Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai “belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat” adalah sesuatu yang dangkal.
Malah Anwar berkata, kenyataan itu membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.
Sehubungan itu Ketua Pembangkang berkata, beliau mempelawa Najib berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.
“Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada 2010, saya sudah pun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.
“Sewajarnya Datuk Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut,” kata beliau.
Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan ini berkata kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang.
Antara peruntukan tersebut adalah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Pindaan 2004) dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK Negara.
“Manakala Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Pindaan) mengehadkan pinjaman luar negeri pada RM35,000 juta pada sesuatu masa.
“Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal,” kata beliau sambil berkata, “amalan ini, malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi.”
Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, katanya.
Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan, tambah beliau.
“Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Datuk Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum,” katanya.
Menurut Anwar, laporan terkini Bank Negara menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437,000 juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM421,000 juta hutang tempatan dan RM16,000 juta hutang luar negara.
Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara, sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33,000 juta.
“Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi 2011 dan defisit RM46,000 juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012,” kata Anwar lagi.
Menurut beliau, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihan rayanya.
“Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara.
“Akan tetapi sekiranya Datuk Seri Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minimum sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam,” katanya.

Ulasan

  1. Bak berdebat ini janganlah dibangkitkan pada puakx ini.Semua
    pemimpinx UMNOYAHUDI ini tak ada 'standard' sebagai seorang
    pendebat.Lain yang ditanya lain yang dijawab.Dah dasar putar
    alam punya pemimpin.Tak ada nawaitu untuk menguruskan kekayaan negara yang diamanahkan oleh rakyat.Kita akan hidup
    umpama ayam mencari makan dulu kini dan selamanya andai puakx ini terus diberi mandat.

    BalasPadam
  2. Ye puak2 UMNOYAHUDI lebih bek diberi mandat untuk terus memerintah... krn, rezki diberi oleh ALLAH S.W.T, dn andai dh ditetapkn rezki kamu byk tu, ttap dpat juga... jgn jd bodoh piang, rukun iman Qada dan Qadar x abis blaja ke... dh kaya, nk kaya mane lg... dasar xtaw besyukur ini ler rupanya... dn nk ckpla, ANWAR JUBUR tu reti sgt ke mntadbir ekonomi dr owg len, dh terer benar ke... time negara nk lingkup taun 1997, ape die buat dr amik hutang kt bank dunia... haish, bodoh2...

    BalasPadam
  3. Anon 10:28
    Sah ahli UMNOYAHUDI yang rela diperbodohkan seperti LEMBU
    dulu kini dan selamanya.Kalau manusia dia akan guna akal
    yang dikurniakan ALLAH SWT untuk berfikir.Kekayaan negara
    adalah hak rakyat.Penguasa (pemimpin) diberi mandat untuk
    menguruskan kekayaan itu agar dapat dinikmati oleh semua
    rakyat bukannya kronix.Dan untuk pengetahuan lu,inilah salah satu jawatan (penguasa) didunia ini yang dijanjikan
    NERAKA JAHANAM OELH ALLAH SWT diakhirat kelak andai
    penguasa itu tidak menjalankan tugasnya dengan adil dan
    saksama.Wallahua'lam.
    Dasar keturunan LEMBU

    BalasPadam
  4. Alahai beruk sekor.. cakap kencang bleh la, cube kamu uruskan duit bejuta2... tgk bleh ke idak kamu, bini kamu, anak keturunan kamu x amik duit rakyat wlu sesen... ckp mcm dh jd mnusia pling bek, x pnah wat dosa... tuih, dasar keturunan anjing pny batu pelangi...

    BalasPadam
  5. kesiLapan besar DSAI yg tak dpt di maaf kn,biLa ingin berdbt dgn isteri DATIN ROSMAH MANSUR

    BalasPadam
  6. kah kah kah DSAI buat Lawak btL,nr tu pondan mcm sepupu nya gak

    BalasPadam
  7. kesian amno presiden dia pondan

    BalasPadam
  8. mcmana mereka boLh piLih dia ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular