DAKWAT KEKAL HARAM... BOLEH SEBABKAN BATUK & SAKIT MATA...

sejak bile umno concern pasal solat sah batal nie.... selama ni depa anjur program supaya orang tak solat... takde hal punye lah...  lucu sungguh....

KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan dakwat kekal ketika proses pengundian pilihan raya umum ke-13 termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata dakwat kekal boleh digunakan sekiranya mendapat kelulusan majlis tersebut yang akan meneliti sama ada ia bercanggah dengan prinsip Islam ataupun sebaliknya.

“SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

“Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya,” katanya.

.... dia paham tak maksud 'dakwat' ... kene marker pen/ kunyit/ sirap merah/ nila satu badan pun sah kalau mandi junub... apatah lagi wuduk .....

.... satu lagi alasan bodoh... " sesetengah dakwat kekal mengandungi alkohol yang bertujuan membolehkan ia kering dengan cepat apabila dicalit ke jari'... patut puak2 nie tak solat... sebab ingat solat tak sah kalu pakai minyak wangi alkohol.... memang jenis bangsa tak belajar fiqh....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular