CILAKAK MP PEMBANGKANG!!!

Putrajaya menarik balik rancangan untuk menaikkan saraan ahli-ahli Parlimen ekoran bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.

Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas membaca pelbagai laporan bahawa ada wakil rakyat membantah cadangan menaikkan saraan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan kekecewan dengan ketiadaan sokongan padu di kalangan ahli-ahli Parlimen berhubung cadangan itu, yang dikemukakan kepada beliau Rabu lalu oleh jawatankuasa kajian semula Parlimen.

Nazri (gambar) berkata beliau telah membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib Razak mengenai cadangan jawatankuasa itu Jumaat lalu, beberapa jam sebelum perdana menteri hendak membentangkan Baket 2012 di Parlimen.

Katanya, beliau beranggapan bahawa kesemua anggota Parlimen akan menyokong syor itu.

“Saya meminta maaf kepada perdana menteri atas kegagalan meneruskan harapan. Saya gagal untuk mendapatkan sokongan kesemua ahli Parlimen,” kata Nazri pada sidang media di bangunan Parlimen.

Ulasan

  1. Rakyat hidup susah, P**i M** ni senangx nak tambah
    duit.Dasar binatang yang diberi mandat untuk memimpin
    tapi dia nak mentedarah duit rakyat untuk anakbini
    dan keturunan dia saja.Manax MP yang menyokong usul
    ini sah hangpa semua keturunan binatang!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular