19 Okt 2011

Blog Umno guna gambar juara catur HK serang anak Guan Eng..wakakaka
abu nu'man19 Okt 2011 1 Komentar


Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Namun sebaliknye gambar yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.


Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

“Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda.

gambar asal kat sini http://www.chessbase.com/newsdetail.asp?newsid=3980

.... saman aje Dr Novandri ....wakakakakaka
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. gelombang wangsa maju... malu le dengan dewan pemuda wangsa wangsa maju

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.