8 Okt 2011

BANGSAT SAMSENG UMNO BUAT KACAU.. UNIT AMAL CEDERA
abu nu'man8 Okt 2011 3 Komentar

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ia mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar mengganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.
Presiden Anak, Mazlan Aliman dipetik Harakahdaily mempersoal sikap polis yang seakan-akan ‘melepaskan’ mereka membuat gangguan di tempat ceramah.

“Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis.
“Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut.
“Saya yakin ia dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat,” kata beliau.

Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.
Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. padan dgn muka pas, asyik sabar, jaga akhlak dan ingat tarbiyyah. dah lunyai sekali pun asyik sabar, akhlak dan tarbiyyah lagi. sampai bila ini semua? puak2 celaka tu selagi kita tak melawan selagi tu mereka naik mua.

    BalasPadam
  2. Petanda awal Pas akan bertapak kukuh di bumi Johor atau selatan tanah air selepas ini.
    Kerana inilah senarionya yang berlaku di Kelantan di awal tahun 70an dulu.Bermacam ragam dan kerenah puak Umno mengkhianati ceramah Pas. Akhirnya Allah membuka hati sebahagian orang GEDEBE setempat menyertai Pas.

    Sehari sebelum ceramah, orang GEDEBE Pas ini akan memberi kata dua. Pilihlah antara ketenteraman ceramah atau bertetak bertumpah darah.

    BalasPadam
  3. Ya benar ...naik bulu roma ambo,apabila dengar ore Pas dikhianati semasa Pas ceramah.
    Di Kelate tidak ada lagi kejadian sebegini.Ore Umno disini mula hormat kerja buat ore Pas kerana kita juga ada puak-puak gedebe untuk BERSEMUKA !

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.