6 Okt 2011

ATUK 70 TAHUN ANTARA 130 ORG PAS MASUK UMNO...HUHUHUHU
abu nu'man6 Okt 2011 9 Komentar

Seramai 130 penyokong tegar Pas di sini menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang khususnya Pas yang dianggap tiada hala tuju dalam membela nasib rakyat terutama masyarakat bawahan yang serba kekurangan.

Mereka merupakan penyokong Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau seramai 72 orang dan Kemahang 58 orang menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua UMNO bahagian ini, Baharudin Yusof pada dua majlis berasingan di sini, malam tadi.

Mohamad Abdul Rahman, 70, memberitahu, tindakannya bersama rakan lain menyertai UMNO berdasarkan transformasi politik parti orang Melayu itu yang dilihat semakin berintegriti dalam membela rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan yang dibawa pimpinan UMNO di sini yang tidak semata-mata berorientasikan politik, sebaliknya lebih bersifat komuniti.

"Saya pengundi Pas, penyokong Pas selama 30 tahun. Tapi sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat terima parti itu (Pas). Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu. Jauh beza sejak bersekutu dengan DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Banyak berpolitik daripada merencana agenda rakyat sehingga banyak isu rakyat gagal diselesaikan.

"Jika ini corak pimpinan Pas, saya tidak yakin parti itu mampu melakukan perubahan kepada rakyat. Oleh itu, saya mengambil keputusan lebih baik meletakkan sokongan padu kepada UMNO," katanya.

.... kubur dah panggil-panggil tue.... harap-harap sempat PRU 13 untuk tgk umno terus tersungkur.... ...
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

9 ulasan:

  1. 30 TAHUN BOLEH BERSAMA PARTI PAS,TAKAN BAKI TAK BERAPA HARI NAK HIPUD PUN NAK CARI DUNIA LAGI..............

    BalasPadam
  2. jgnlah tutup hidup tu dgn amalan suul khotimah beliau.Ingat2lah nak jwb apa depan Allah swt..?

    BalasPadam
  3. Syabas! padan dgn muka pas, cakap tak serupa bikin, tengok apa dah jadi dgn tanah org2 melayu dikampong baru? mana perginya yb2 pas semalam diparlimen? mereka bersama-sama dgn umno menghancurkan maruah org2 melayu dikg baru. kalu mereka dpt memerintah negara lagi teruk dr bn.

    BalasPadam
  4. Kenapa dgn Pas pulak ? Yang mengundi menyokong 100% UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION (Dgn izin) dan konco2,yang menentang 100% pakatan Rakyat,yang jelas disini BN lah yang menghancur maruah PERKASA diKPG PERKASA.

    BalasPadam
  5. IDUP MELAYU!! KAH KAH KAH

    BalasPadam
  6. kah kah kah LAWAK GILA KHINZR(k pn x gila cm ni)

    BalasPadam
  7. UMNO tak joint dengan MCA, MIC & PPP ke pakcik oiii...

    MCA = Presiden dia sah2 ada Video Blue..siap jadi actor utama pakcik oiii...

    MIC = Nasib baik Samy Vel..Vel berenti.. yg bunuh Sosilawati.. Oreng Phuthih kah pakcik oiii? Orang MIC juga yg pegi kasi itu sembelihhh...

    PPP = sama mcm di atas pakcik oiii...

    apa baza dia pakcik oiiii? yg dok melantak duit .. ketua bahagian UMNO dan kroni2..

    yang hentam jubur.. ketua bahagian umno juga

    yg bunuh orang.. si altantu..tu..tuuu.. puak2 umno la juga

    pakcik baca utusan.. itu yg tak tahu tuuu...semua tipuuu

    UMNO
    UNITED MYANMAR NEPALESE ORGANIZATION.

    BalasPadam
  8. Jangan caya woi, itu orang mana ada sokong PAS, penyokong PAS tulen tidak akan berganjak. Itu semua pelakun bayar ikut function. Dapatlah RM 50 seorang dan yang bercakap dan nampak muka lebih sikit kot.
    Gitulah UMNO.Itu semua juak2 UMNO,setengahnya pelakon import.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.