UMNO SOKONG HUDUD TAPI M'SIA TAK SEDIA??? X PAHAM AKU

PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.
“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.
Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya.
“Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini.
Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.

Ulasan

Catatan Popular