SEJARAH TAK PERLU DIDEBAT : ANALISIS
ANALISIS, 6 Sept — Dunia politik nampaknya memperalatkan apa saja yang ada di hadapannya. Para pemain akan mengguna dan mengambil apa saja kesempatan bagi kepentingan sementara yang tidak bersifat untuk kepentingan umum.
Terbaru ialah polemik mengenai siapa wira atau perjuangan kemerdekaan sebenar dalam hubungan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasong, Bukit Kepong yang meletus kira-kira 60 tahun lalu.
Sebenarnya isu itu meletus secara tidak sengaja oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mempersoalkan mengenai peristiwa itu dalam satu ceramahnya sempena kemerdekaan negara di Pulau Pinang.
Sepatutnya itu tidak diperpanjangkan kerana Mohamad Sabu bukan langsung mempertikaikan mengenai keseluruhan intipati tragedi dan sejarahnya. Tetapi kerana ia telah diambil kesempatan oleh pihak Umno yang mempertikaikan dan bertujuan memburukkan Mat Sabu, langsung menuduh Mat Sabu sebagai tidak mengenang jasa mereka terkorban, 25 anggota polis, dan menuduhkan Mat Sabu sebagai tidak patriotik.
Gara-gara itulah isu itu jadi berpanjangan.
Hari ini isu itu sudah menjadi polimek dan perbicaraan meluas apabila ia dihebuhkan pula oleh media siang dan malam. Ia turut menarik perhatian ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mencabar Mat Sabu untuk berdebat dengannya - mencari kebanaran di sebalik isu berkenaan. Sebenarnya apa dilakukan Khairy ikut sama mencampuri isu itu tidak ada apa-apa faedah pun. Ia tidak memberi benefit besar kepada politiknya. Jauh sekali kalau dengan mencampuri perkara itu dengan harapan menaikan darjat kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno yang makin tidak dipedulikan.
Dalam hal ini, tindakan mempolitikkan sejarah adalah satu tindakan yang tidak mencerminkan kematangan fikiran. Tindakan itu boleh dianggap sebagai mereka ahli politik muflis modal dan minda. Ia boleh memalukan semua orang khususnya khalayak dan warga politik itu sendiri.
Sejarah sesuatu yang tidak boleh dipolitikkan dalam keadaan apa jua sekalipun. Sejarah tidak boleh ditipu, hanya boleh ditafsir mengikut persepsi masing-masing.
Mendebatkan sejarah secara terbuka mendedahkan kelemahan bangsa kita kepada umum. Cara itu menyebabkan orang menganggap kita masih kabur dan belum melalui proses tamadun sepenuhnya.
Jadi sia-sialah kita merdeka sudah 54 tahun tetapi sejarah kita seolah-olah belum tamat dan seolah-olah masih dalam penulisan lagi.
Tidak timbul soal sejarah betul atau tidak. Kalau ia kekeliruan dan ada dapatan baru mengenai sejarah untuk tujuan meluruskannya, ia hendaklah dibincang dan boleh dipertikaikan tetapi biarlah secara berhemah dan secara akademik. Bukan bermakna sejarah tidak boleh diperbaharui tetapi mekanisme biarlah telus dan jujur bukan dibuat atas kepentingan dan sentimen politik.
Kerana itu pada saya cadangan untuk berdebat mencari siapa juara dan wira kemerdekaan dalam konteks peristiwa Bukit Kepong itu tidak akan menyelesaikan masalah. Sejarah tentang itu bukan bermula pada persitiwa itu saja ataupun segmen-segmen sebelum dan selepasnya, tetapi ia mempunyai akar dan hubung kait yang panjang.
Oleh itu, niat untuk berdebat itu, baik oleh sesiapa juga lupakan saja kerana ia sia-sia dan tidak menguntungkan negara.
Sebaliknya kalau benar kedua pihak Umno dan PAS ikhlas tubuhlah badan pengkaji khas untuk menulis semula sejarah berkenaan berdasarkan aspirasi dan semangat bernegara dan satu bangsa Malaysia bukannya beraspirasi untuk kepentingan politik sementara. Untuk tujuan ini, mungkin Persatuan Sejarah Malaysia ataupun pusat-pusat pengajian tinggi boleh membantu.
Itulah jalan penyelesaian terbaik. Bukannya berdebat. Berpolemik yang mana tidak akan ada kesudahan, sebaliknya akan menambah keserabutan. Malanglah kalau ada pihak ingin mencari kemenangan dan keuntungan di sebaliknya itu. Ia sesuatu yang sungguh dangkal. Apakah kita mahu selamanya ahli politik dan pemain politik negara ini dangkal?

Ulasan
Catat Ulasan