SAH KELING PROF ZAINAL KLING
Prof Dr Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara, yang sejak minggu lalu berhadapan dengan kritikan ekoran pendiriannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British, hari ini menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu “penjajahan.”
“. . . ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata beliau dalam e-mel penjelasan kepada Harakahdaily hari ini.
Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk “protectorate” dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.
Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.
“Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah ‘protectorate’ maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.
“Perbezaan ‘tipis’ (seperti kata Pakar Perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang,” kata Zainal lagi.

Ulasan
Catat Ulasan