7 Sep 2011

PENGERUSI MAIS NAFI JATUHKAN MB KHALID?
abu nu'man7 Sep 2011 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mengaku pihaknya pernah mengadakan pertemuan membabitkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bulan lalu, tetapi menafikan ia berniat politik, termasuk mahu menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya selaku ketua Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku kepada NGO Islam, bukan setakat mereka baca daripada akhbar ataupun The Malaysian Insider sahaja... tetapi ini bukan pertemuan politik, cuma memberi penjelasan apa yang sebenarnya berlaku,” kata Adzib ketika dihubungi pagi ini.

Malah kata beliau, pertemuan itu juga tidak membincangkan memorandum khusus bagi menyerang kepimpinan Khalid.

“Sebaliknya kami memberi penjelasan sahaja. Akhirnya mereka berkata mereka telah mendapat fakta yang betul dan tepat... tugas Mais dan Jais memberikan maklumat yang betul,” katanya.

“Ia bukan pertemuan politik tetapi hanya berkaitan dengan isu Islam,” kata bekas setiausaha kerajaan negeri ini. Pakatan Rakyat melabelkan beliau condong dan memihak kepada Umno.

Ahli Dewan Diraja Selangor ini berkata, tindakan susulan yang diambil oleh NGO yang terbabit termasuk mempersembahkan memorandum kepada Sultan Selangor adalah pendirian pihak berkenaan, bukan keputusan Mais atau Jais.

“Selepas pertemuan mereka ada menyediakan memorandum dan mereka telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan... itu keputusan mereka,” katanya lagi.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil Pejabat Peguam Negara, Adzib berkata, pemimpin-pemimpin NGO yang hadir sebenarnya merupakan mereka yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan termasuk yang hadir merupakan staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Dan, mereka juga menganggotai NGO, mereka mewakili NGO, bukannya agensi kerajaan,” kata beliau menjelaskan bahawa tidak boleh mengatakan mereka mewakili agensi-agensi yang dimaklumkan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.